Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
Kebiasaannya bahan-baha n yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang,ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.
Cara untuk membuatnya cili kering, bawang merah dan putih, halia dan belacan dikisar atau ditumbuk lumat. Serai dan lengkuas diketuk dan bunga kantan dibelah ...
Makan hingga menjilat jari...!